Wednesday, December 2, 2009

Nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Friday, May 8, 2009

Biarkan hati ini terluka?

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja...tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedarbahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedarbahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadiMANUSIA YG HEBAT JIWANYA.* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebihfaham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA,dan meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Monday, May 4, 2009

ETIKA BERSAHABAT

ETIKA BERSAHABAT

Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini, marilah kita sama-sama merenung dan beramal bagaimana untuk mengeratkan persahabatan kita.

1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman - teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu orang lain juga akan menghormatimu
.
5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh - jauh sikap bermuka-muka, ego dan mementingkan diri kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya. Jangan terlalu cemburu.

7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri. Di akhirat mendapat pahala.

8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting untuk membina sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yang sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain. Terlalu banyak bercakap atau bergurau juga mengundang banyak kesilapan.

10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain.Teguran hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik. Etika menegur janganlah di depan orang ramai. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?

11. AMBIL BERAT
Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada disisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar dan tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan dan sedikit beban masalah yang ditanggunginya akan berkurangan. Jangan seperti kawan touch n go, bila kawan susah ditinggalkan seorang diri.

12. SALING BERHUBUNG
Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. YM di internet dan telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.

13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih semula.